
Setelah sekian lama tak tulis dalam blog ni. Hari ini baru sempat untuk update dlm blog. Kisah 7 may lalu, sy keluar jalan2 dgn adek sy ke merata tempat dlm program jalan2 cari makan kami. Destinasi pertama kami ialah di berjogging di tasik sebanyak satu round. Lepas jog, kami terus bersarapan di Sek 7 dan menikmati hidangan Lontong. Restoran ni adek sy yang suggest kan sebab sedap katanya. Tapi memang sedap pun. Kali ni mintak extra 'begedil'... nyum..nyum..
Selesai saja makan, kami pun pusing2 sekitar bandar sebab takda plan nak pegi mana..Lepas dah penat pusing, kami buat keputusan untuk ke Bagan Lalang sebab nak tgk area sana dan jugak nak rasa ikan bakaq.. Biasanya makan kat Alai aje, ni nak test pulak makan kat area sana.
Perjalanan agak jauh jugak, sebab perlu menempuhi jalan ke LCCT. Tapi seronok sebab pergi dgn adek sy.. :)
Sepanjang perjalanan cuaca agak panas maklumlah teghari lagi dan sepanjang jalan ke sana, ada gerai2 menjual buah durian..Tengok dari jauh buah semua kelihatan baru lagi.Tetiba teringin pulak. So, sy bagitahu adek awal2, balek nanti kita mesti singgah..hehe kalau tak nanti kempunan pulak.
Kereta tak banyak tapi sebab saya ni baru first time pergi, so kene bawak slow2 takut lah terlajak ke...Lebih kurang 45 minit kami tiba di Bagan Lalang.. Time tu angin pantai menghembuih, menjadikan suasana sgt nyaman.. Time tu air-cond dah tak penting..Haha (berlagak)..
Best tengok orang berkhemah tepi pantai, byk aktiviti..Kami lepak area gold coast.Kawasan situ dingin saja..Maklumlah tepi pantai.Lepas berjalan tepi pantai, kami pun decide utk makan pulak..Haha..Saja nak rasa ikan bakaq.
Waktu tu dlm pukul 6pm, kedai2 di situ baru buka.Sy order nasi lemak 1x bungkus, udang bakar 3 ekor..Kerang bakar utk 2xorg makan..Air kelapa..carot susu dan tembikai..Makanan kat situ sedap tapi cuma ada gangguan lalat saja.Lalat bukan main byk skali.
Selesai makan, kami pun balek..Dah kenyang, bawa kereta pun slow2 saje..Otw balek tu, kami pun singgah di gerai durian..Maklumlah dah mengidam durian..Sy beli sebiji aje sebab dah kenyang..Makan situ sampai licin. Ingat nak bawak balek, tapi adek sy ckp abiskan saje, apa lagi paksa makan smp abis..Burrppss.. Kenyang..
Lepas tu balek rumah..Best sgt aktiviti minggu tu, seronok jln2 dgn adk sy. :D
Terima kasih sayang... :D